
Pengertian Lencana Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman:
• Pen dan buku bererti murid-murid hendaklah mempunyai pensil, pen dan buku bagi memperlengkapkan diri untuk menerima ilmu pengetahuan.
• Orang bererti pembelajaran dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan adalah penting untuk kesihatan murid.
• Padi bererti murid-murid mestilah mencari ilmu sebanyak mungkin diibaratkan seperti buah padi yang lebat.
• Gambar berjabat tangan bererti sekolah ialah tempat perpaduan antara ibu bapa dan guru-guru dalam mendidik anak bangsa ke arah kemajuan.
• Warna kuning melambangkan sekolah ini terletak di negeri sembilan yang merupakan negeri yang beraja.
• Warna merah melambangkan sekolah ini menanamkan keberanian dalam diri murid-murid bagi mencari ilmu ke arah mencapai kemajuan.
• Warna hijau melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita.
• Warna biru melambangkan perpaduan murid-murid sekolah ini dalam menuntut ilmu.
• Cogankata ”Pengetahuan Suluh Kemajuan” adalah bermaksud murid-murid hendaklah mencari ilmu dengan sebanyak-banyaknya untuk kemajuan diri, agama, bangsa dan negara.
MOTO SEKOLAH
" Pengetahuan Suluh Kemajuan"
FALSAFAH SEKOLAH
• Bahawasanya pelajar-pelajar sekolah ini adalah berkebolehan dan berkeupayaan untuk berdaya maju dari segi intelek, kemahiran, rohani dan jasmani. Oleh itu peluang hendaklah diberi kepada mereka untuk mengembangkan potensi bagi memenuhi wawasan agama, bangsa dan negara. Pendidikkan di sekolah ini juga mempunyai keupayaan, kebolehan ikhtisas dan kemahiran menunjuk ajar untuk melahirkan insan yang berkualiti supaya menjadi insan yang cermerlang.
VISI
• Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman menjadi Sekolah Cmerlang Daerah Seremban 2008.
MISI
• Kami, warga SKDAZ akan memastikan kurikulum dan ko-kurikulum cemerlang, sahsiah dan disiplin terpuji di dalam persekitaran kondusif berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang telus berbantukan komuniti yang erat.
SLOGAN
• Bersama melahirkan pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang.
WAWASAN SEKOLAH
• Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka sekolah ini bersungguh-sungguh meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik, membentuk murid yang berkualiti, berdaya saing dan berakhlak mulia bagi memenuhi pengisian wawasan 2020.
OBJEKTIF SEKOLAH
• Meningkatkan kefahaman guru mengenai Falsafah Pendidikan Negara dan menghayati serta melaksanakan di peringkat sekolah.
• Menentukan setiap murid mencapai penguasaan 3M pada masanya dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik setiap tahun.
• Membentuk budaya saing dalam bidang akademik serta bergiat cergas dalam sebarang aktiviti.
• Mempertingkatkan suasana harmoni di kawasan sekolah dengan perasaan kasih sayang.
• Bertolak ansur, bertolerasi sesama anggota dalam masyarakat sekolah.
MATLAMAT SEKOLAH
• Semua murid boleh manguasai 3M selepas enam bulan di tahun satu.
• Semua murid mendapat peluang dan hak yang sama dalam bidang kurikulum dan ko- kurikulum.
• Semua murid boleh menunjukkan prestasi cemerlang atau sekurang- kurangnya baik di akhir setiap tahun persekolahan.
• Melahirkan murid yang cemerlang dari segi moral, akhlak dan agama.
• Menunjukkan prestasi yang tinggi dalam peperiksaan UPSR.
• Menjadi sekolah yang di segani dalam semua bidang.
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami warga Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk:
• Memastikan sekolah ini sentiasa peka dan responsive kepada kehendak- kehendak pelanggan serta sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra dengan kadar segera.
• Sentiasa memberi perkhidmatan pendidikan yang bermutu dan terbaik kepada anak- anak didik kami ke arah melahirkan warga negara yang cemerlang.
• Sentiasa amanah serta mematuhi tatasusila dan teras perkhidmatan awam.
• Memastikan segala program dan aktiviti serta blue print sekolah yang dirancang dan diatur dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.
• Memberi perhatian dan tindakan segera terhadap semua kes atau kejadian yang berlaku dalam kawasan sekolah.
• Memastikan tindakan segera diambil terhadap maklumat yang dikehendaki oleh pelanggan atau pihak- pihak yang berkenaan.
• Sentiasa perihatin dan sedia menerima cadangan, pandangan, syor dan teguran yang positif bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan, kecemerlangan pendidikan keceriaan dan disiplin sekolah.
LAGU SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK AKHIR ZAMAN
Berjasalah sekolahku,
Sekolah yang ku cintai
Tempat ku menuntut ilmu,
Sekolah Datuk Akhir Zaman,
Maju terus maju,
Tekun dan berusaha,
Taat dan setia,
Berbakti pada watan,
Maju terus maju,
Tekun dan berusaha,
Cita- cita suci,
Tetap berjaya
SEJARAH SEKOLAH

Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Lama sekolah
• Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman yang terletak di Rantau Negeri Sembilan telah mula beroperasi melebihi 100 tahun yang lalu. Berbagai-bagai proses perubahan yang telah berlaku sepanjang penubuhannya. Sekolah ini mula dibina di sekitar tahun 1902 yang berhampiran dengan Bukit Wak Mat dan bersebelahan Jirat Cina Rantau.
• Pada tahun 1937, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang telah dibina oleh kerajaan yang terletak berhampiran pejabat pos dan balai polis Rantau. Pada masa itu sekolah ini dikenali sebagai sekolah Melayu Rantau. Tapak sekolah ini kekal sehingga hari ini tetapi telah berlaku banyak perubahan dan pembangunan yang telah dijalankan di sekolah ini sejak ia mula dibina sehingga kini.
• Pada tahun 1937 juga sebuah bangunan dua tingkat telah dibina oleh kerajaan bagi menampung pelajar-pelajar yang makin bertambah dari tahun ke tahun. Disamping itu juga empat buah rumah guru telah dibina untuk kediaman guru-guru yang mengajar disekolah ini. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Y.A.M Datuk Kelana Makmur yang bertarikh 16 April 1938.
• Pada tahun 1979 sebuah lagi bangunan tiga tingkat terpaksa dibina bagi menampung pelajar yang kian meningkat disebabkan pertambahan penduduk di sekitar kawasan Pekan Rantau yang mula membangun. Pada masa ini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Rantau untuk beberapa lama sehinggalah nama ini kemudiannya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman bersempena memperingati tokoh Datuk Pusaka Adat yang banyak berjasa di Mukim Rantau.
• Sekolah ini mempunyai hampir 450 pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk melayu, cina dan india. Pelajar-pelajar ini merupakan penduduk yang bermastautin di sekitar kawasan Rantau. Kawasan penempatan di kawasan Rantau makin berkembang dengan pertambahan penduduk dari tahun ke tahun dan ini menyebabkan bilangan pelajar juga kian meningkat.
• Sekolah ini mempunyai guru seramai 36 orang dan nisbah bilangan guru dan pelajar adalah seimbang bagi memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang sewajarnya. Bagi melicinkan pentadbiran sekolah seramai 6 orang staf sokongan turut terlibat untuk memastikan segala urusan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar. Pentadbiran sekolah diterajui oleh Tuan Haji Abdul Halim Bin Abdul Majid yang menyandang jawatan sebagai Guru Besar Sekolah Datuk Akhir Zaman. Beliau turut dibantu oleh tiga orang Guru Penolong Kanan iaitu En. Alias Bin Sidek (GPK1), Puan Hjh Siti Alawiyah Binti Shariff (GPK HEM) dan Puan Mariyam Binti Abdul Rahman (GPK Ko-Kurikulum).
• Sebagai sebuah sekolah yang tertua dan terulung di Mukim ini, Sekolah Datuk Akhir Zaman telah banyak menabur bakti kepada masyarakat setempat di mana ramai anak didik keluaran sekolah ini telah berjaya dalam bidang masing-masing. Maka tidak hairanlah ramai ibu bapa memilih sekolah ini sebagai tempat pendidikan awal untuk anak-anak mereka, memandangkan sekolah ini telah meraih kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Selain itu, aktiviti bukan akademik yang terdapat di sekolah ini adalah seperti sukan, persatuan kelab dan pertandingan- pertandingan lain yang disertai dan dikelolaikan oleh pihak sekolah.
• Dengan ini sudah sepatutnya Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman meraihkan dan mengimarahkan sambutan yang ke seratus tahun tentang wujudnya sekolah tersayang dengan ikrar ” Semangat berjuang demi anak bangsa dan negara”.

Bangunan Baru sekolah

Pintu depan sekolah